|
Sejarah harga emas daripada 2011hingga
ke hari ini harga emas ada sedikit penurunan. Tetapi jangan risau kerana
keadaan ini tidak akan berlaku terus menerus. Bagaimanapun harga emas tetap
akan naik semula kerana emas KALIS INFLASI. Keadaan begini berlaku kerana
banyak faktor luar terutamanya disebabkan faktor ekonomi sekarang yang
menggunakan wang kertas yang selalu dimanipulasi pihak-pihak tertentu
sehingga jadi begini.
|
Untuk memudahkan sahabat
fahami perangai harga emas, saya senaraikan 6 tips penting. Walaupun mungkin
kita tak faham analisis teknikal harga emas (yang agak rumit),
insyaAllah kita boleh faham serba sedikit pasal naik turun harga emas ni.
Tips #1: Bila Harga
Memucak Tinggi - Perangai harga emas, bila ia naik puncak tertinggi, ia
akan turun dulu seketika sebelum naik balik ke puncak yang baru.
Cuma berapa banyak ia
akan naik, dan berapa banyak ia turun, tak siapa yang tahu. Bila harga emas
cecah puncak yang baru, itu masanya untuk jual emas bagi
sesiapa yang nak pakai duit dalam masa terdekat. Bila harga emas turun,
tambahkan lagi simpanan emas. Jangan tunggu harga turun lagi sebab ia akan naik
balik pada bila-bila masa. Ramai kenalan saya yang tunggu harga paling rendah
tapi akhirnya terpaksa beli harga lebih tinggi!
Tips #2: Faktor Turun Naik Mendadak - Naik turun harga emas
secara mendadak banyak dipengaruhi oleh faktor ‘fundamental’ yang biasanya
diluar jangkaan sesiapa pun.
Iaitu seperti bencana
alam, kegawatan ekonomi, kenaikan harga minyak, peperangan, ketidak
stabilan sesuatu negara seperti di Timur Tengah, inflasi dsb.
Faktor yang telah dijangkakan juga mempengaruhi harga emas seperti nilai US dolar
(Matawang US) yang menyusut dan krisis hutang di Eropah dan US.
Individu dan bank-bank pusat akan beli emas untuk selamatkan
kekayaan mereka bila mereka rasa dunia tak selamat, dan harga emas akan
melonjak. Setiap orang perlu menyimpan emas walaupun sikit sebagai
‘insurans’ masa depan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi
sarankan tukarkan 10% kekayaan kita kepada emas. Tapi, atas keyakinan saya
sendiri, saya tukarkan sebahagian besar simpanan saya kepada emas.
Tips #3: Emas Terus Naik
Jangka Panjang - Mengikut indikator yang ada pada masa sekarang (2011),
trend harga emas akan terus naik dalam jangka panjang. Mungkin 10 tahun lagi.
Krisis hutang di US dan
penyusutan nilai dollar belum nampak jalan keluarnya lagi.
Michael Maloney, pakar pelaburan emas & perak menjangkakan krisis ini akan
membawa kepada hiperinsflasi dan keruntuhan sistem matawang kertas yang
menyebabkan duit kertas tak bernilai lagi. Jangan teragak-agak membeli emas
selagi harga emas belum cecah USD5,000 seauns. Harga tertinggi setakat
September 2011 baru sahaja USD1,900.
Tips #4: Harga Turun
Jangka Pendek Adalah Biasa - Harga emas memang ada turun naik dalam jangka
pendek, tapi ia akan terus naik dalam jangka panjang.
Memang tak logik harga
emas naik tapi tak turun-turun. So, jangan risau kalau harga emas turun,
terutamanya kalau anda baru sahaja membeli emas.
Tips #5: Mengukur
Potensi Kenaikan Harga - Lagi banyak harga emas jatuh, lagi besar potensi
ia akan naik balik. Ini disebabkan kita masih dalam trend harga menaik (bull
market).
Kalau anda orang baru,
try check dengan dealer emas berapa harga emas tertinggi sebelum ini.
Lagi rendah harga emas semasa berbanding harga tertinggi sebelum ini, jangan
fikir panjang. Beli jer. Tapi kalau anda baru pertama kali membeli, jangan
tengok harga tinggi rendah. Beli jer dulu at least 1 dinar.
Tips #6: Waktu Terbaik
Memborong Emas - Bila harga emas jatuh banyak macam September 2011, itu
masanya untuk memborong emas sebanyak mungkin.
Bukannya tunggu sebab
takut harga turun lagi dan tak naik-naik dah. Harga emas mesti naik balik kalau
kita faham isu besar yang hampir pasti akan berlaku pada sistem kewangan
sekarang – keruntuhan sistem wang kertas (fiat).
Berdasarkan banyak
indikator yang ada pada hari ini, Michael Meloney (pakar sejarah matawang)
meramalkan akan berlaku keruntuhan sistem matawang dunia. Jika ianya berlaku,
orang paling selamat ialah mereka yang simpan emas dan perak.
Kalau anda faham isu penyusutan
nilai US Dollar, krisis hutang US dan negara Eropah, anda
akan lebih takut untuk menyimpan duit kertas berbanding membeli emas pada harga
tinggi. ‘Krisis’ begini tak mungkin akan selesai dalam setahun dua, bahkan
Michael Meloney, penulis buku “Guide To Investing in Gold &
Silver” meramalkan ia adalah petanda awal keruntuhan sistem matawang kertas.
Harga emas akan terus naik dan duit kertas bakat jadi sama taraf dengan ‘tisu
tandas’ kata Tun Dr. M.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment