Monday 25 June 2012

Jauhi Skim Cepat Kaya dalam pelaburan emas


salam semua... korunk mesti pernah dengar skim2 di internet yang menjanji kan pulangan tetap minggu, bulanan baik tahunan. antara skim - skim yang pernah popular di malaysia suatu ketika dlu seperti 12dailypro, swisscash, earn4daily ( kalu xsilap ) ade lg yg similar2 ni....

company2 online ni sudah tentunya tidak berdaftar dgn pihak berkuasa malaysia, masa tu ramai sangat manusia yang sangat teruja untuk join skim2 seperti ini..

tetapi akhirnya hampa kerana website down, payment dah mula tak dapat dan akhirnya tutup begitu sahaja.  duit kebanyakan new bies yang baru join lebur beribu2 ringgit ratus ribu pun ada.

ok cukup. x payah cerita panjang2. ramai dah menjadi mangsa dan menjadikan peristiwa itu sebagai pelajaran. dan kini timbul pula skim2 baru yang modus operandinya hampir sama tetapi menjadikan logam emas dan perak sebagai modal untuk menarik peserta2 muda yang ghairah untuk meraih kekayaan segera.



kenapa ramai otai2 mula mengatakan skim2 seperti ini haram ??
ini kerana modus operandinya hampir sama dgn apa yang telah berlaku pada umat2 sebelum ini. yang mana generasi2 baru ni belum kenal lagi.

jadi ia muncul semula untuk memerangkap generasi2 muda dalam pelaburan yang menjanjikan pulangan segera yang lumayan seperti ini.

Thursday 21 June 2012

Beli Untung, Jual Untung, Simpan Lagi Untung


Anda pernah dengar “Emas, Beli Untung, Jual Untung, Simpan Lagi Untung”?
Jika tidak pernah, saya akan jelaskan maksud tersebut. Ini merupakan ayat ‘trademark’ investor atau trader emas.

Beli Untung
Jika kita membeli emas, semestinya kita sudah membuat untung. Ini kerana emas yang dibeli daripada mana-mana trader emas di Malaysia akan selalunya lebih murah sedikit dari harga di kedai emas atau nilai yang di bayar oleh Bank jika kita meletakkan di Ar-Rahnu.
Jika anda ingin memaksimakan lagi untung membeli emas, anda juga boleh membeli jongkong emas 999.9 daripada orang lain yang ingin menjualnya. Selalunya spread harga belian balik akan jatuh sehingga 25%.
Disitu sahaja anda dah untung dengan membeli emas serendah 25% dari harga emas semasa.

Jual Untung
Jika kita ingin menjual emas dan menjadi DEALER emas, kita juga boleh membuat untung. Ini kerana anda selalunya akan diberikan komisen antara RM10 (barang kemas 916), RM11 (Goldbar) atau RM15  (Barang Kemas 999) untuk setiap gram yan dijual.
Katakan anda menjual emas 200g barang kemas 999 maka dengan komisen RM15/g, anda akan mendapat RM3000.
Anda juga boleh membeli emas sewaktu harga emas murah, katakan harga emas sekarang adalah RM180 segram, dan anda menjual semasa harga meningkat, katakan pada harga RM190 segram, maka untung anda adalah RM10/gram.
Contoh: 100g x RM10 = RM1000.

Keuntungan berniaga emas & perak FIZIKAL

1.Stok yang naik harga dalam jangka masa panjang. Tidak seperti perniagaan lain.
2.Produk EMAS tiada tarikh luput!
3.Sentiasa ada permintaan walaupun harga naik atau rendah. 
4.Tidak perlu bercerita panjang lebar. Orang tahu tentang emas.
5.Dengan strategi perniagaan yang betul, perniagaan emas sangat lumayan.
6.Boleh menambahkan keuntungan jika boleh berniaga emas
7.Produk terjual = Untung, Produk xjual = Untung!
8.Komisen diberi bagi setiap gram terjual!


Simpan Lagi Untung
Bagi investor yang ingin menyimpan emas, selalunya simpanan kita akan memberikan keuntungan antara 20-40% setahun.
Bayangkan pada tahun 2012, anda mempunyai 1kilo emas berharga RM170,000.
Jika dianggarkan kenaikan emas 20% pada penghujung tahun 2012, untung tahun pertama anda adalah RM34,000.
Bayangkan anda menyimpan selama 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun??

Bagi anda yang ingin melabur dalam jangka masa panjang untuk pergi menunaikan Ibadat Haji, Tabungan Anak-Anak ke Universiti, pelaburan emas Insya Allah berbaloi untuk anda.
Bagi anda yang ingin menjadi tokey emas, Insya Allah anda tak perlu risau jika anda dah beli stok emas sekarang dan tiada orang nak beli walaupun dah 3 tahun.
Sebab stok emas tersebut senantiasa naik sepanjang masa dan jika dah tak ada duit dalam tangan anda boleh cagarkan.



Bayangkan jika anda membuat perniagaan lain seperti menjual penapis air atau perniagaan lain, agak-agak bila stok penapis air tu tak laku, boleh pergi Ar-Rahnu dan cagarkan ke?