Hadis menyebut…
“Berpagi-pagilah
(subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan
kejayaan”Waktu pagi adalah
waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang
yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal.
Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!
Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita
apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan
produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas
minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.
Salah satu kunci
kejayaan adalah bangun awal. Ramai dapati sukar untuk bangun awal pagi, ubatnya
adalah tidur lebih awal – walaupun 30 minit lebih awal akan membantu.
Tidak perlu melihat
ikon-ikon luar seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey yang mulakan
aktiviti untuk perniagaan mereka di awal pagi, hadis telah sedia menyebut:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki
Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya
Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit
matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)
No comments:
Post a Comment