Banyak terpapar diblog, akhbar membicarakan
berganda-ganda keuntungan dengan melabur atau membeliemas, adakah benar emas menguntungkan? Bagi saya
YA, emas memang menguntungkan, pengalaman saya menjalankan urusan jual beli
emas dari 2012 sehingga sekarang dan pada masa yang sama, emas yang saya beli
saya anggap sebagai pelaburan agak menguntungkan,
Bagaimanapun kadang-kadang emas yang dibeli terpaksa
dijual pada harga rendah kerana indeks emas jatuh, kadang-kadang pula saya
mendapat keuntungan dengan menjual emas yang dibeli ketika indeks rendah pada
harga yang tinggi. Begitulah sebenarnya permainan emas.
Ada juga ‘customer @ pelanggan yang bertanya bagaimana
boleh mereka menjana pendapatan bulanan daripada pelaburan emas, saya
sebenarnya tidak pasti anda bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan
hanya membeli dan berharap harga emas naik
setiap bulan untuk overlap, mungkin ada caranya tetapi fokus saya tidak disitu,
tidak kepada pelaburan.
Dengan mengharapkan kepada pelaburan sahaja (beli &
simpan) saya rasa sukar untuk menjana pendapatan setiap bulan kerana harga emas
ada pasang surutnya, contohnya awal tahun 2011, harga emas dari Januari hingga Mac dalam posisi menurun, bagaimana boleh
menjana pendapatan? tetapi dari segi jualan, saya rasa bulan Januari hingga Mac
2011 adalah rekod terbaik saya kerana emas menjual setiap hari kerana banyak
permintaan.
Saya menulis artikel ini untuk berkongsi sedikit cara
kepada pelabur emas sebelum anda meneruskan pembelian emas dan cara-cara ini mungkin
dapat membantu menggandakan keuntungan anda.
1.
Harga/Masa :
faktor ini mungkin faktor utama dalam jual
beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada harga yang
rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah cara terbaik, tetapi
sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri emas, setiap jam setiap minit,
peniagaan mesti mendapat keuntungan, menunggu harga emas jatuh kadang-kadang
seperti menunggu kucing bertanduk, apabila sekadar menunggu, masa sendiri
terbuang dan duit mungkin dibelanjakan.. Jujurnya, tiada siapa pun yang tahu
bila harga emas naik atau turun, tiada siapa yang dapat mengawal harga emas
walau Amerika sekalipun.
2.
Jenis emas
(barang kemas/ jongkong emas) , pendapat
saya, pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010 ramai
pelabur membeli emas jongkong seperti pamp
suisse, lady fortuna, dinar kelantan didalam portfolio pelaburan mereka,
kerana nilainya ketika itu tinggi, dan sangat mudah untuk dijual, manakala pada
2011 pula, trend emas pergi kearah gelang tangan padu samada pasir atau gajah,
mengikut trend semasa lebih penting dari anda memandai membeli produk dari
kedai yang tidak mudah untuk dijual seperti
bunga raya, kijang, atau etc. Kualiti emas mungkin sama tetapi jika
permintaan untuk suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau
pelabur boleh membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan.
3.
Meningkatkan
modal pelaburan: keuntungan emas semestinya berdasarkan
berapa gram emas ditangan pelabur, bukan disebabkan design cantik, ataupun
nilai sentimental emas kepada anda. Jika saya mempunyai kemampuan dan kelayakan
untuk membuat pinjaman modal dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank
Rakyat, Felda dengan interest yang rendah dibawah 4% setahun, saya pasti akan
membuat pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu
hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman.
4.
Mengurangkan
pinjaman ar-rahnu: Bagi mereka yang
menggunakan platform Ar-Rahnu untuk pelaburan, cuba membayar sedikit demi
sedikit ansuran kepada Bank setiap
bulan untuk merendahkan caj bulanan dari 0.75% sehingga 0.50% sahaja, pelabur
juga boleh mengurangkan pinjaman mereka beransur-ansur dari 70% kepada 50%, 40%
mengikut kemampuan. Sehingga akhirnya emas tersebut menjadi milik anda sepenuhnya.
5.
Menjual
kepada kawan: Jangan menunggu harga emas naik baru hendak
menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda samada mereka berminat
dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman saya, ramai yang sangat berminat
dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara, dimana dan masa untuk mencari tapak
pelaburan. Saya tidak menjalankan kajian tetapi saya sangat jarang berjumpa
dengan mereka yang sangat benci dengan emas, dan rumah yang tidak terisi walau
sedikit pun dengan emas. Adakah anda tahu, anda boleh menjana keuntungan dari
pelaburan juga dengan merujukkan(recormmend) pelanggan kepada saya.
6.
Kenali emas
dan memperbanyakkan pengetahuan berkenaan emas. Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? saya
cadangkan anda mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada
jongkong atau emas 999 sahaja, ada pelbagai lagi cabang emas yang menguntungkan
seperti emas 916, 750 , emas dan permata. Dengan mempelajari banyak cabang
emas, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan /carigali kecilan emas pada masa
akan datang. Aktiviti carigali emas kini menjadi trend di Amerika dimana
ramai yang membawa keluarga keluar bercuti sambil mengorek emas, tidak mungkin
trend ini akan berjangkit kepada negara kita suatu masa akan datang.
7.
Pelaburan
Baru/Produk Baru, pendapat saya, anda tidak perlu hanya
mengikut satu produk sahaja dalam pelaburan anda seperti kesetiaan melampau peminat
PB membeli emas mereka sahaja, banyak lagi pelaburan emas baru yang bakal
muncul pada 2012 ini, contohnya dinar Pahang,
Emas Rakyat, PRODUK EMAS GSR , Bagi saya
GSR(gold silver resources) memberikan saya banyak pilihan dari segi produk.
Tambahan pula rekabentuk barangan kemasnya sentiasa terbaru ‘up to date’ dan
produknya mampu dimiliki kerana terdapat barangan yang direka dari 1g sebagai
contoh anda boleh memiliki gold bar 999 dari 1g, 5g, dan 10g. Manakala cincin
belah rotan juga boleh dimiliki dengan hanya dari 1g/pcs. Jadi mulakan
PELABURAN EMAS anda sekarang. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Penulis : Abdul Hakam Hashim
Website affiliate: www.gsr2u.com.my/hakam
Website personal: www.emas916.com

